Friday 29 June 2012

RESEPI NASI BERIYANI GAM ( MUAR )

Nasi Briyani Gam Asli Muar

Berikut adalah resepi nasi briyani Gam Asli Muar:-

Bahan-bahan (untuk Nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. segenggam gajus
13. segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. garam secukup rasa
(*cawan = cawan kopi)

Cara-caranya1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk

1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. segenggam gajus
15. segenggam raisins
16. Air
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah ,campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

Sekarang bagaimana perkataan "Gam" itu mendapat nama....

Peralatan
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)
Cara1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang
selalunya kita bubuh air)
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi)
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus.
Pastikan iktannya agak kejap. Supaya wapnya tidak keluar.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

Untuk menghidang1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

P/S:  Rempah biryani yang sedap ialah rempah asli biryani Muar. Kalau ke Muar, boleh cari di kedai Haji Adnan (orang Muar kenal sebagai Aji Anan), berhadapan jalan pasar Muar. Tanya orang di kawasan pasar tu, semua tahu. Kalau rasa-rasanya tak sempat nak sampai ke Muar tapi nak cuba juga masak, Saya cadangkan cari rempah biryani Faiza (company Faiza herba poni ..) sebab Pn Faiza ni pun geng biryani from Batu Pahat. Kalau tak jumpa juga, boleh lah guna rempah biryani Maggi (paste dalam botol atau dalam packet). Saya fikir kalau di bandar besar mungkin akan jumpa Sharwood's Biryani Paste dalam botol (yang cantik) tapi ianya cukup mahal.


SELAMAT MENCUBA....... 


No comments:

Post a Comment